Mengenai Kami

Micol Photography pada mulanya ditubuhkan sebagai freelance photographer pada 2008.   Kami telah banyak terlibat dalam pelbagai majlis perkahwinan dan korporat.  Selain itu, kami juga sentiasa menyertai kursus dan seminar yang dianjurkan oleh mereka yang telah mencipta nama dalam bidang ini.

Kami turut terlibat sebagai tenaga pengajar dan Coach Industry di salah sebuah pusat pengajian yang menjalankan kursus fotografi bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kota Kinabalu.

Matlamat kami ialah menyediakan perkhidmatan fotografi yang berkualiti serta berpatutan untuk merakam setiap detik yang penuh bermakna dalam lembaran hidup anda.